|
||
Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurniaNya, LAMAN WEB Sekolah Kebangsaan Dato' Abdul Hamid (1) dapat direka atas sokongan semua guru amnya dan AJK Laman Web khasnya. Sesungguhnya, di era globalisasi ini, Laman Web amat penting sebagai hala tuju dan identiti sekolah. Ia akan memberi panduan kepada para guru dan murid dalam menggerak dan melaksanakan Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum. Adalah diharapkan Laman Web ini sebagai pemangkin ke arah merealisasikan cita-cita serta aspirasi sekolah untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dan bijak IT. Semoga Laman Web yang dihasilkan ini dapat membawa kecemerlangan kepada sekolah dan anak didik kita. Insya-Allah. Akhir kata, SKDAH 1 SENTIASA CEMERLANG, GEMILANG & TERBILANG.
Sekian, terima kasih. En. Fauzi Che Mood |

