Sekolah Kebangsaan Dato' Abdul Hamid (1)

JPN Kelantan | UPP JPN | ELTC
SekolahKu | Aluan GB | Sejarah | Pentadbiran | Kurikulum | HEM | Ko-kurikulum
Aktiviti | Kurikulum | HEM | Ko-Kurikulum | Bulan Merdeka | Ragam Warga SKDAH1 | Kecemerlangan Guru
Buletin | Januari | Februari | Mac | April | Mei | Jun
Peperiksaan | UPSR | UBB | Program Kecemerlangan | Kelas Tambahan | SBT | Lawatan
PIBG | Jawatankuasa | Aktiviti | Mesyuarat Agong | Bekas Pengerusi
SKDAH 1 Hari Ini | Kelab Bonsai | SKDAH 1 Bikers | Kelab Sukan Staf | Berita P'Mas
Extra | subglobal8 link | subglobal8 link | subglobal8 link | subglobal8 link | subglobal8 link | subglobal8 link

Sekolah Ku

SEKOLAH TERCINTA

Sekolah Kebangsaan Dato' Abdul Hamid (1) terletak di tengah-tengah bandar Pasir Mas. Di hadapannya terletak Stadium Mini Pasir Mas. Oleh kerana kedudukannya yang strategik, ia sentiasa menjadi tumpuan kepada para ibu bapa untuk menhantar anak mereka belajar di sekolah ini.

SKDAH 1 mempunyai 2 blok bangunan iaitu satu bangunan 3 tingkat dan satu bangunan 4 tingkat. Terdapat juga satu bangunan lama yang dahulunya adalah bangunan Sekolah Kebangsaan Dato' Abdul Hamid 2. Setelah SKDAH 2 berpindah ke bangunan baru di Kampung Jias, bangunan tersebut telah menjadi bangunan bersejarah yang kini dijadikan Musalla di tingkat atasnya.

SKDAH 1 mempunyai seramai 35 orang tenaga pendidik dan 7 orang staff sokongan. Warga SKDAH 1 sentiasa berpadu tenaga dalam meningkatkan tahap pembelajaran murid-murid sekolah ini. Sebahagian besar murid sekolah ini datang dari kampung-kampung di sekitar sekolah, justeru itu sekolah ini terkenal dengan gelaran "Sekolah Kampung Dalam Bandar". Pun begitu, dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh para guru, maka 'produk' kami adalah sama kualitinya dengan 'produk' yang dihasilkan oleh sekolah-sekolah elit. Sehubungan dengan itu, keputusan UPSR SKDAH 1 sentiasa cemerlang sejajar dengan motto kami iaitu "Sentiasa Menuju Ke Arah Kecemerlangan".

Terdapat seramai 650 murid yang belajar di sini dari tahun 1 hingga 6. Di samping itu terdapat juga satu kelas Pra Sekolah yang terdiri daripada 25 orang murid. Walaupun majoriti dari murid-murid ini datang dari keluarga yang berpendapatan rendah namun dengan adanya kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh pihak sekolah, maka proses pembelajaran dapat djalankan dengan jayanya.Para guru sekolah ini sentiasa menitikberatkan kebajikan murdi-murid supaya mereka dapat menimba ilmu dalam keadaan yang selesa dan selamat.

Seiring dengan dengan kempen 3K, iaitu Keselamatan, Keceriaan dan Kesihatan, SKDAH1 sentiasa mengorak langkah menampilkan sekolah yang menepati kehendak Jabatan. Warga sekolah telah berganding bahu untuk mencapai kempen yang diwar-warkan.

Dalam meningkatkan tahap kecemerlangan murid, pihak sekolah telah mengadakan pelbagai program kecemerlangan yang bertujuan mendedahkan kepada setiap murid tentang betapa peri pentingnya mengejar ilmu pengetahuan. Semoga murid-murid SKDAH 1 sentiasa CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG.

 

Mengenali Kami | Peta Laman | Email Sekolah | (09) 790-9167 | ©2004 SKDAH(1) Hakcipta Terpelihara