|
Pendaftaran murid tahun 1 , telah diadakan pada 08.01.2004 .Melalui program ini murid didedahkan secara langsung dengan suasana sebenar berada di sekolah. Ibu bapa juga turut diberikan taklimat dan pendedahan mengenai program, visi dan misi sekolah. Keceriaan anak-anak yang baru memijakan kaki ke sekolah jelas kelihatan.. Dengan bermotokan " Minda Cerdas Mata Bercahaya " sekolah menerima seramai 105 murid. Turut diadakan program suaikenal dan majlis mengenali sekolah dan warganya.
|
1. 08.01.2004 - Perjumpaan Guru Kelas Perjumpaan ini memberikan suntikan motivasi dan kesedaran kepada ibu bapa dan murid-murid tentang kepentingan tindakan awal di dalam mengejar matlamat UPSR |
|||
|
Pelancaran Program Motivasi Mentor - Mentee ( Akademik Tahun 6 ( Akademik Tahun 6 UPSR telah diadakan pada 08 Januari 2004. Melalui program ini murid -murid tahun enam telah dipertanggungjawabkan kepada sebahagian guru tahun enam bagi membuat bimbingan di dalam menjayakan dan memantapkan lagi jiwa dan semangat murid di samping menjadi pembimbing dan kaunselor bagi menyuntik semangat murid-murid di dalam menyelesaikan semua masalah yang dihadapi di dalam p&p. |
Kelas tambahan bagi fasa dua untuk tahun enam dimulakan pada 16 Januari 2004. Kelas tambahan ini melibatkan semua guru tahun enam dan sebilangan besar guru turut sama berganding bahu untuk membantu meningkatkan tahap pencapaian pelajar. Kelas tambahan diadakan pada setiap hari sepanjang bulan dua hingga ke hari ini pada waktu petrang dan malam. Peningkatan prestasi murid dapat dilihat mula menyerlah melalui program kelas malam yang teratudansistematik.
|
|||
|
Bagi meningkatkan lagi kecekalan dan kekuatan minda murid di dalam cabaran panas peperiksaan asahan minda melalui program motivasi telah diadakan. "Semoga Segala Usaha Diberkati Allah Hendaknya" |
Pra UBB telah diadakan mengikut jadual yang telah ditetapkan .
|











