Sekolah Kebangsaan Dato' Abdul Hamid (1)

JPN Kelantan | UPP JPN | ELTC
SekolahKu | Aluan GB | Sejarah | Pentadbiran | Kurikulum | HEM | Ko-kurikulum
Aktiviti | Kurikulum | HEM | Ko-Kurikulum | Bulan Merdeka | Ragam Warga SKDAH1 | Kecemerlangan Guru
Buletin | Januari | Februari | Mac | April | Mei | Jun
Peperiksaan | UPSR | UBB | Program Kecemerlangan | Kelas Tambahan | SBT | Lawatan
PIBG | Jawatankuasa | Aktiviti | Mesyuarat Agong | Bekas Pengerusi
SKDAH 1 Hari Ini | Kelab Bonsai | SKDAH 1 Bikers | Kelab Sukan Staf | Berita P'Mas
Extra | subglobal8 link | subglobal8 link | subglobal8 link | subglobal8 link | subglobal8 link | subglobal8 link

Kelas Tambahan

PROGRAM KELAS TAMBAHAN

Program kelas tambahan ini berobjektif untuk meningkatkan lagi keupayaan murid agar mempunyai daya tahan diri yang kuat. Di samping itu, murid didedahkan dengan seberapa banyak soalan berkaitan dengan mata pelajaran UPSR. Kelas tambahan ini dibahagikan kepada tiga kumpulan murid:-

a. Kelas Murid Cemerlang

b. Kelas Murid Sederhana

c. Kelas Murid Galus

 

PROGRAM KELAS INTENSIF

Program ini bertujuan untuk meningkatkan prestasi murid-murid cemerlang. Ia merupakan satu bentuk tutorial bagi murid-murid dalam Siri Bimbingan Cemerlang semasa musim cuti semester dan penggal.

 

PROGRAM GERAK GEMPUR UPSR

Program ini bertujuan untuk memberi bimbingan mengikut kumpulan murid. Semua guru terlibat menjayakan program ini. Masing-masing guru akan memberi bimbingan kepada lima orang pelajar. Selepas itu, murid-murid akan diberi ujian pada akhir pembelajaran. Murid-murid diwajibkan menduduki 10 ujian bagi setiap mata pelajaran. Markah-markah akan dihantar kepada ibu bapa / penjaga masing-masing. Sebagai konklusinya, murid-murid dapat dibimbing dan diberi tunjuk ajar berkesan dan menyeluruh.

Miss Teow sedang memberi penerangan tentang teknik menjawab soalan kepada murid tahun 6. Beliau mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris.
Murid tahun 6 sibuk membincangkan latihan yang diberikan semasa waktu rehat.
Puan Noor Haliza sedang tekun menyampaikan ilmu kepada murid-muridnya. Beliau di antara guru tahun 6 yang mengajar Bahasa Melayu.
Guru Besar SKDAH 1 sendiri memberikan tunjuk ajar kepada murid-murid tahun 6 khasnya tentang Matematik.
Mengenali Kami | Peta Laman | Email Sekolah | (09) 790-9167 | ©2004 SKDAH(1) Hakcipta Terpelihara