PIBG SEKOLAH DATO' ABDUL HAMID (1)
Ditubuhkan pada tahun 1979.
Berperanan sebagai jambatan yang menghubungkan pihak sekolah dengan ibu bapa dan masyarakat setempat.Objektif :
Membantu sekolah ke arah pencapaian matlamat, objektif dan perancangan khususnya di dalam:
Kurikulum
Ko-kurikulum
Bina insan/sahsiah
Disiplin
Keceriaan sekolah
Kebajikan dan keselamatan
Bimbingan dan rundingcara
dan Kerjaya
Mempertingkatkan pengetahuan serta mempercekapkan kemahiran mengendalikan gerakerja dan pengurusan PIBG sebagai agen perubahan.
Menyenaraikan gerakerja yang boleh membantu dan membawa kepada kecemerlangan pendidikan.
Falsafah PIBG
Persatuan Ibu Bapa dan Guru SKDAH 1 adalah satu agen perubahan komuniti di sekolah yang menjalankan usaha berterusan berlandaskan kaedah-kaedah dan perlembagaan PIBG bagi menyokong serta membantu semua kegiatan sekolah dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara dan Perancangan Sekolah.
Peranan PIBG SKDAH 1
a. Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan program bersama, sama ada anjuran PIBG atau pihak sekolah.
b. Merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara
SUMBER KEWANGAN
a. Derma tahunan sebanyak RM10.00 setiap anggota PIBG.
b. Aktiviti-aktiviti Khas PIBG bagi mengisi tabung kewangan PIBG.
c. Sumbangan dari orang perseorangan dan Syarikat Swasta.